PENGENALAN
Persatuan Alumni Hasil Dalam Negeri/Association of Inland Revenue Alumni (AIRA) telah didaftarkan secara rasminya pada 9 Oktober 2017. Keahliannya terbuka kepada semua bekas pegawai yang telah berkhidmat dengan Jabatan/Lembaga Hasil Dalam Negeri sama ada yang berjawatan tetap, sangkut, kontrak, sementara atau sambilan. Mereka hendaklah berkhidmat sekurang-kurangnya selama enam (6) bulan.
AIRA ditubuhkan dengan objektif sepertimana yang dinyatakan
di dalam Perlembagaan seperti berikut:
- Menyatu
dan meningkatkan perpaduan di kalangan semua bekas pegawai dan staf
Jabatan/Lembaga Hasil Dalam Negeri;
- -
Menjaga
kebajikan ahli Persatuan;
- -
Menjaga
kebajikan ahli Persatuan;
-
Memajukan profesion ahli melalui pembelajaran
berterusan;
-
Menyediakan
platform bagi pengkajian cukai;
-
Mewujudkan
jaringan dan jalinan kerja dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Kementerian
Kewangan Malaysia;
-
Mengetengahkan
pandangan berhubung amalan dan dasar percukaian kepada pihak yang berkaitan;
dan
-
Memberi
kesedaran percukaian kepada masyarakat umum dan membantu mereka memahami isu
yang berkaitan.
Objektif yang disusun mengambil kira keperluan menjalinkan persahabatan dikalangan pesara HASIL dan keperluan untuk mereka
menyumbang/memberi kembali ‘give back’ kepakaran teknikal mereka kepada orang awam, pengamal percukaian, LHDNM dan
negara. Dalam hal ini AIRA memberi komitmen untuk menbina jaringan kerjasama dengan LHDNM dalam usaha menyebar luas
pemahaman cukai dan meningkatkan tahap pematuhan cukai di kalangan rakyat Malaysia.
AIRA menyeru semua bekas Hasil untuk memberi sokongan dengan menganggotai AIRA. Permohonan boleh dibuat secara online
melalui portal AIRA
ini.
Jawatankuasa Kerja AIRA
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Wan Ahmad Allwi b Wan Hussein
Setiausaha AIRA
Tel: 019217554 Email: waa7080@gmail.com