Perutusan Pengerusi

Perutusan Pengerusi

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dua objektif utama penubuhan AIRA seperti termaktub dalam perlembagaan adalah untuk:

-         Mengekalkan tali persaudaraan dalam kalangan bekas pegawai dan staf dan menjaga kebajikan mereka

-         Meneruskan penglibatan ahli dalam dunia percukaian.

Saya mengalu-alukan semua bekas pegawai dan staf untuk menjadi ahli bagi mencapai objektif penubuhan AIRA.  Selain daripada kita memupuk dan terus menjalinkan persahabatan dikalangan pesara Hasil semasa ‘gembira dan duka’, marilah kita mengambil peluang ini untuk menyumbang/memberi kembali (give back) kepada LHDNM dan Masyarakat. Sesungguhnya pemberian seperti ini akan mencipta kitaran kebajikan yang menjadikan semua orang lebih berjaya.

Sepanjang berkhidmat dengan JHDNM/LHDNM banyak pengalaman dan pengetahuan yang telah kita perolehi.  Saya percaya sebagai pesara Hasil segala kepakaran dan pengetahuan percukaian (hard skills) ini mahupun budaya kerja profesional (soft skills) yang telah diperolehi tidak sepatutnya dibawa pergi ataupun dibiar luput begitu sahaja.  Sebaliknya marilah kita kongsi dan salurkan semula kepada warga Hasil dan Masyarakat yang merupakan pembayar cukai.

Dalam kesempatan ini saya dan Exco AIRA mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM dan pihak pengurusan LHDNM atas sokongan dan bantuan semenjak penubuhan serta perjalanan AIRA sehingga kini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pegawai-pegawai LHDNM yang telah secara langsung atau tidak langsung membantu perjalanan AIRA setakat ini.

Di atas kerjasama erat dengan LHDNM beberapa siri Reunion telah berjaya diadakan. Hal-hal kebajikan pesara terutama sekali berhubung benafaat perubatan juga dapat diselesaikan.   Pada masa ini perbincangan sedang diadakan untuk mengadakan kursus untuk pegawai dan staf LHDNM serta penganjuran seminar percukaian kepada golongan sasar.

Kepada semua ahli AIRA saya ucapkan terima kasih atas bantuan dan sokongan anda semua.

Akhir kata saya merayu kepada pesara yang belum menjadi ahli untuk segera bersama kami dengan

melengkapkan borang pendaftaran secara online dalam Portal Homepage AIRA ini.

Semoga kita semua sentiasa ceria dan sihat sejahtera.


Sekian, terima kasih. 






Dato’ Shahmin Ta Abdullah

Pengerusi AIRA