Pengenalan

Seiring dengan perubahan teknologi serta kepantasan dunia hari ini, LHDNM telah berusaha untuk memberikan kemudahan terbaik kepada semua pelanggan termasuklah kepada alumni dan warga Hasilian.

Portal Persatuan Alumni Hasil Dalam Negeri atau AIRA ini diwujudkan bagi membolehkan para alumni Hasilian merekodkan maklumat terkini dan memudahkan pengurusan data alumni di pihak LHDNM.

Persatuan Alumni Hasil Dalam Negeri atau Association of Inland Revenue Alumni (AIRA), adalah persatuan yang menggabungkan bekas pegawai dan staf Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Persatuan ini telah berjaya didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 9 Oktober 2017.

Keahlian AIRA dibuka kepada semua bekas pegawai dan staf LHDNM dengan bertujuan meneruskan penglibatan ahli dalam dunia percukaian di samping menyediakan platform untuk mereka membuat kajian percukaian, sama ada bersendirian mahupun bekerjasama dengan LHDNM atau badan-badan yang berkaitan. AIRA juga menzahirkan komitmen untuk membina jaringan kerjasama dengan LHDNM dalam menyebar luaskan pemahaman cukai dalam kalangan masyarakat selain membantu dalam meningkatkan tahap pematuhan cukai di Malaysia. Antara inisiatif yang akan dipelopori oleh kedua-dua LHDNM dan AIRA adalah dalam bidang pendidikan cukai, iaitu menerusi penganjuran seminar dan taklimat percukaian kepada golongan sasar.



Dikeluarkan oleh:
Persatuan Alumni Hasil Dalam Negeri (AIRA)
Sumber : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Ruedah Karim
Tel : 012-2884102

Copyright © Persatuan Alumni Hasil Dalam Negeri